Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Guru



GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Monday, April 26, 2010

English Week 2010

Theme : Happy Time With English
Period :26 Apr - 30 Apr 2010
Monday(26th apr 2010) - Launching Of English Campaign Week
Monday(3 may 2010) - Prize,Giving and Closing Ceremony

Many activities will be held along this week.Hopely student can refers to the teacher who organising the activities to participate.

In Appreciation of

-Tn. Hj Abd Halil b. Abu Bakar (Principal Of Smkpj3)
-All teachers and students who have in one way or another helped to make this campaign a success.

Famous Words
"who dares to teach must never cease to learn" - John cotton Dana

Saturday, April 24, 2010

Kem Pengukuhan Solat




Pada hari Sabtu bersamaan 24 hb april 2010 di Surau Al Qalam Smk permas jaya 3 telah diadakan kem solat yang bertujuan untuk memantapkan lagi cara solat para pelajar.Pelajar yang terpilih adalah dari kalangan pelajar tingkatan satu dan dua yang telah dipilih oleh guru-guru iaitu seramai 35 orang termasuk lelaki dan perempuan. Program ini adalah anjuran Panitia pendidikan islam dari program Jabatan. Dikendalikan oleh Ustaz Nasir Ali dan dibantu oleh beberapa orang guru dan ustazah.Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 ptg. Sebenarnya program ini bermula pada hari ini sehingga bulan julai 2010.Semoga para peserta dan guru-guru yang terlibat mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T

Sunday, April 18, 2010

Renungkanlah Bersama

Berdiri tidak takut pada tumbang
Berlari bukan takut pada bayang
Naik tidak memijak lawan
Hebat tidak menumpang kawan
Bangkit dengan perdirian peribadi
Maju dengan kemampuan sendiri

*Halim Yazid*

Friday, April 16, 2010

PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH

PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH

 

Aktiviti Sepanjang Tahun 2010

 

BIL

PROGRAM / MAJLIS

1.

 

 

Hari Terbuka Tingkatan 3 & 5

 

Program Mesra Buku

 

Minggu Orientasi Peralihan , 1 & 4

 

Kempen Cintakan Sekolah (3K)

 

2.

 

Kempen Sahsiah (Budi Bahasa & Berpakaian Kemas)

 

Majlis Perasmian Program NILAM

 

 

Latihan Kawad Kebakaran

 

Mesyuarat Agung PIBG

 

Sukan Tahunan / Sukantara

3.

 

Minggu Anti Dadah / Rokok

 

Majlis Maulidur Rasul

 

Majlis Anugerah Cemerlang & Majlis

 

Larian Permas

 

4.

Minggu Bahasa

 

Kursus Kepimpinan Pengawas

 

Perkhemahan Perdana 1 & 2

 

5.

 

Perkhemahan Perdana 1 & 2

 

Minggu Sains & Matematik

 

Program Hari Guru

 

6.

 

Hari Terbuka

 

7.

 

Latihan Kawad Kebakaran

 

Mesyuarat Agung Koperasi

 

8.

 

Solat Hajat PMR & SPM

 

Program Sambutan Hari Kemerdekaan

 

9.

 

Program RIMUP

 

10.

 

Majlis Restu PMR

 

Malam Graduasi Kali ke-2

 

Program selepas PMR (PASCA)

 

11.

Majlis Restu SPM



Wednesday, March 24, 2010

Piagam Pelanggan

Kami, warga SMKPJ3 dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
Pelajar
 memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu.
 Memeriksa buku murid selewat-lewatnya dua hari sebelum dikumpul.
 Memastikan semua pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan selamat.
 Memastikan segala masalah yang berkaitan disiplin pelajar dapat ditangani mengikut pekeliling dan peraturan yang telah ditetapkan.
 Memastikan prasarana berfungsi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.
 Member peluang yang adil dan saksama untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan bersepadu mengikut kecenderungan masing-masing.
Staf
 Mengadakan sesi perkembangan staf 3 kali setahun.
 Memastikan segala urusan berkaitan perkhidmatan guru dan staf sokongan diuruskan dalam tempoh 3 hari.
 Tiada kelewatan bayaran bayaran gaji guru dan staf sokongan.
 Mewujudkan suasana kerja yang kondusif.

Ibu Bapa
 Segala rayuan dan aduan secara bertulis diambil tindakan dan diproses dalam tempoh satu minggu
 Urusan pertukaran pelajar disiapkan dalam tempoh 1 hari bekerja.
 Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat pencapaian terkini berkaitan pencapaian akademik dan sahsiah anak mereka.
 Memberikan perkhidmatan yang cekap, telus, layanan yang mesra tanpa prasangka dan diskriminasi.
 Menerima teguran,pandangan, cadangan yang membina dari ibu bapa.

Komuniti
 Memberikan kerjasama yang erat kepada komuniti setempat.
 Menerima teguran,pandangan, cadangan yang membina dari komuniti setempat.
Stakeholder
 Member maklumbalas kepada surat arahan daripada PPD/JPN/KP selewat-lewatnya 3 hari selepas surat diterima.
 Memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra.
 Menjalin kerjasama yang erat dengan PPD/JPN/KP

Lagu Sekolah

Berusaha berdisiplin dan berbakti cogan kata sekolah kami
Smk permas jaya 3 pelajarnya berpadu dan berharmoni
Guru kami mulia hati mendidik sepenuh berdedikasi
Jayakan it teknologi selaras dengan era globalisasi



Falsafah pendidikan negara lahirkan insan yang berhemah
Rukunegara dijulang kukuh perpaduan amalan mulia diamalkan
Hormat pada ibubapa disiplin berusaha berbakti pada nusa dan bangsa
Berusaha berdisiplin dan berbakti asas kejayaan kendiri
Rajin berusaha dan berbakti pada masyarakat dan ibu pertiwi



Ulang c/o

Berusaha berdisiplin berbakti asas kejayaan kendiri
Rajin berusaha dan berbakti pada masyarakat dan ibu pertiwi
Berusaha berdisiplin dan berbakti

Logo Sekolah


Pengertian Simbol

Bulatan Luar
- Melambangkan pendidikan berhala tuju ke arah menghadapi arah globalisasi.

Buku
- Melambangkan penekanan kepada kecemerlangan ilmu dalam empat aliran iaitu sains tulen, sastera kemanusiaan, sastera ikhtisas dan sains & teknologi.

Tiga Gelang
- Melambangkan Perpaduan Antara Tiga Kaum Yang Menjadi Teras Utama Pembentukan Masyarakat Malaysia

Dua Lingkaran Putih
-Melambangkan kesepaduan di antara kecemerlangan kurikulum dengan kokurikulum yang menjadi matlamat smk permas jaya 3.




Pengertian Warna

Merah
-Bermaksud Keberanian, Ketangkasan, Kecerdasan Dan Kecergasan Menghadapi Cabaran Pendidikan.

Biru
-Bermaksud kesetiaan dan kecintaan kepada raja dan negara.

Hijau
-Bermaksud kesuburan ilmu, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Visi & Misi

VISI
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Membangunkan potensi individu melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Berhasrat melahirkan insane cemerlang yang berdaya tahan tinggi serta mampu menangani tuntutan-tuntutan kearah mencapai 2020, sejajar dengan kehendak Falsafah pendidikan Negara Berlandaskan Rukunegara.

OBJEKTIF
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

• Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
• Melahirkan insan yang mempunyai nudaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celik sains dan teknologi.
• Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan Organisasi.

Friday, March 12, 2010

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3 , Masai ditubuhkan dengan mengambil nama sempena taman perumahan iaitu Taman Permas Jaya. Alamat penuh sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3, Jalan Permas 15, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.

Sekolah ini dikategorikan dalam jenis “Project Management Consultant” yang diuruskan oleh UMI-ROSS PROJECT MANAGEMENT SDN. BHD. .Pembinaan sekolah telah dijalankan oleh sebuah syarikat pembinaan swasta bertaraf A iaitu Kumpulan Sekata Sdn. Bhd. yang berdasarkan konsep “Design and Build” di alamat Level 08-05, Plaza Masalam, Office Tower, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Luas kawasan tapak sekolah ini ialah 4.6835 hektar.

Sekolah ini mempunyai komposisi bangunan seperti berikut:-

Blok A - Pentadbiran

Blok B - Pentadbiran/Akademik

Blok C - Bengkel

Blok D - Akademik

Blok E - Akademik

Blok F - Makmal

Lain-lain - Kantin, surau, Porch, TNB Substation, Rumah Sampah,

Pondok pengawas, padang, Laluan berbumbung, dan tempat letak kerata, basikal dan bas.

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru telah melantik Pn. Chong Lian How, Penyelia petang SMK Permas Jaya selaku penyelaras SMK Permas Jaya 3 mulai 1 Oktober 2001 sehingga 26 Ogos 2003. Penyelaras baru telah dilantik iaitu En. Narendran a/l K. Visuvanathan mulai 26 Ogos 2003. Pn. Hajah Zainab bt Ali telah dilantik sebagai Pengetua SMK Permas Jaya 3 pada 16 Jun 2003. Oleh kerana sehingga tarikh perlantikan pengetua , SMK Permas Jya 3 belum diserahkan kepada JPNJ, pengoperasian sekolah secara menumpang di SMK Permas Jaya 2 mulai 1 September 2003. Mulai 18 Ogos 2004, barulah SMK Permas Jaya 3 dapat beroperasi sepenuhnya di premisnya sendiri.

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh