Wednesday, August 8, 2012

MEMBELI SAMBIL MENDERMA UNTUK PEMBINAAN SURAU SMKPJ3



Salam...sempena bulan ramadhan yang mulia ini,pihak sekolah ada menerbitkan buku Doa& Zikir Amalan Harian.Mana2 pihak terutamanya guru dan ibubapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh menghubungi pihak sekolah atau guru-guru smkpj3.Harga sebuah rm10 sahaja.Dimana setiap pembelian buku ini akan didermakan untuk pembinaan Surau Darul Qalam SMK Permas Jaya 3.Terima Kasih.

Monday, August 6, 2012

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

credit to : iluvislam.com & wikipedia.org.

Monday, July 23, 2012

PEMBERITAHUAN WAKTU BALIK PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2012 1.PERALIAHAN - 1.50 PETANG ( ISNIN - KHAMIS ) 2.TING 1- 5 - 2.00 PTG ( ISNIN - KHAMIS ) 3. JUMAAT BALIK SEPERTI JADUAL BIASA. SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI PIHAK SEKOLAH DI TALIAN 073868446.HARAP MAKLUM.

Monday, July 9, 2012

ENGLISH WEEK 2012 ( 9-13 JULY)

PROGRAM SCHEDULE REFER TO YOUR ENGLISH TEACHER.TQ OBJECTIVES : 1.TO ENCOURAGE STUDENTS TO USE ENGLISH 2.TO INCULCATE THE STUDENTS' INTEREST IN LEARNING ENGLISH 3.TO GIVE OPPORTUNITIES TO THE STUDENTS TO TAKE PART AND DEVELOP THEIR TALENTS THROUGH THE ACTIVITIES... HAVE FUN FOR ENGLISH WEEK~

Saturday, May 26, 2012

Jasamu dikenang!!

Tahniah diucapkan kepada dua org guru smkpj3 yang dapat berpindah iaitu cikgu azrina dan cikgu fazidah.Jasa dan baktimu di smkpj3 sentiasa diingati oleh warga smkpj3.Semoga dapat meneruskan bakti dan jasa di sekolah baru dengan penuh dedikasi hendaknya.Jutaan terima kasih diucapkan..

Sunday, March 25, 2012

KEMASKINI MAKLUMAT GURU DI EOPERASI

SEMUA GURU SMKPJ3 DIMINTA MENGEMASKINIKAN MAKLUMAT DI E-OPERASI DENGAN KADAR SEGERA!!..http://apps.moe.gov.my/eoperasi/...SEGALA KESULITAN HUBUNGI GURU DATA..CIKGU AZRINA.TQ

Monday, March 19, 2012

SEMAK KEPUTUSAN SPM 2011 :)

  1. Keputusan SPM 2011 akan keluar secara rasminya pada 21 Mac 2012 dan semua calon SPM 2011 bolehlah mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.
  2. SMS : SPM [No KP] [No Angka Giliran] Hantar ke 15888
  3. ONLINE : www.moe.gov.my


Tuesday, January 31, 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE8 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke8 akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 04 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan SMK Permas Jaya 3

Sehubungan dengan ini ibubapa / penjaga murid smkpj3 dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan.

Aturcara majlis

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

9.30 - 10.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran ibubapa.
10.00 - 10.10 pagi : Ketibaan VIP
10.10 - 11.00 pagi : Bacaan Doa
Persembahan Pelajar
Ucapan YDP PIBG SMK Permas Jaya 3
Ucapan Pengetua SMK Permas Jaya 3
Ucapan Perasmian Oleh :
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
(Menteri Pengajian Tinggi)
Penyerahan Sumbangan zakat oleh Bank Rakyat
Penyampaian Hadiah Anugerah Cemerlang 2012
Penyampaian cenderamata
Lawatan kesudut pameran
Jamuan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE8

11.15 - 12.30 tengahari : Ucapan Alu-aluan YDP PIBG
Mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG yang lalu
Laporan sekolah
Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan PIBG
Pembahasan usul
Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG

Friday, January 20, 2012

TULUS IKHLAS DARI BONDA BUAT WARGA SMKPJ3 2012

Kepada,
Guru - guru dan
Staf Sokongan,
SMK Permas Jaya 3.

Tuan/Puan,

PERAKUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2012

Adalah dengan ini diperakukan bahawa Buku Pengurusan 2012 merupakan suatu dokumen rasmi sekolah. Oleh itu,segala yang tercatat adalah di bawah tugas dan tanggungjawab pihak tuan secara rasmi. Pihak tuan haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Sekiranya terdapat sebarang pindaan,pihak tuan akan dimaklumkan bagi tindakan yang selanjutnya.

2. Kecemerlangan sekolah perlu menjurus kepada berjaya atau gagalnya sesuatu institusi itu membentuk kesepakatan dan kecenderungan untuk membuat transformasi dalam segala aspek. Untuk itu semua warga sekolah perlu mewujudkan iklim persekolahan yang menitikberatkan budaya ilmu dan konsep belajar sepanjang hayat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi, Jabatan dan sekolah mesti diketahui,difahami,dihayati dan direalisasikan.

3. Sebagai penjawat awam kita harus memahami dan menghayati konsep gagasan 1 Malaysia yang merupakan falsafah induk yang memandu hala tuju negara. Sementara itu, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula menjadi peta panduan. Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya pula membentuk kerangka kerja kepada arah tuju tersebut. Semoga dengan pemahaman yang jelas tentang dasar-dasar baru kerajaan dapat diterjemahkan ke dalam amalan kita di sekolah. Matlamat utama kita adalah untuk mempertingkatkan pencapaian murid dalam semua aspek manusiawinya: jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Ringkasnya kemenjadian murid merupakan keberhasilan, natijah atau ’outcome’ yang diharapkan oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah kita.

4. ”Belajarlah bagaimana hendak belajar” dengan membuka minda kepada perubahan dan perkembangan dalam pendidikan serta rajin merujuk dan memahami pelbagai sumber rujukan seperti Akta Pendidikan 1996, Pekeliling Pendidikan, Manual Prosedur Kerja, Buku-buku Panduan Kurikulum, Kokurikulum, Disiplin, Panduan Pengurusan 3K serta Buku Peraturan sekolah.

5. Saya menaruh sepenuh kepercayaan bahawa tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika semua pihak bekerjasama dan menggembleng tenaga dalam usaha meningkatkan kecenerlangan sekolah. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya dan teruskan usaha murni tuan-tuan dan puan-puan demi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti,pembinaan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa akan datang dan seterusnya pencapaian tahap negara maju pada tahun 2020.

”Ciptalah Sejarah Untuk Diri,Organisasi dan Negara”

Sekian,Terima Kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


...............................................
(PN.HJH KAMISAH BT AZIZ)
Pengetua,

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh