Wednesday, August 8, 2012

MEMBELI SAMBIL MENDERMA UNTUK PEMBINAAN SURAU SMKPJ3



Salam...sempena bulan ramadhan yang mulia ini,pihak sekolah ada menerbitkan buku Doa& Zikir Amalan Harian.Mana2 pihak terutamanya guru dan ibubapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh menghubungi pihak sekolah atau guru-guru smkpj3.Harga sebuah rm10 sahaja.Dimana setiap pembelian buku ini akan didermakan untuk pembinaan Surau Darul Qalam SMK Permas Jaya 3.Terima Kasih.

Monday, August 6, 2012

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

credit to : iluvislam.com & wikipedia.org.

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh