PEMANTAUAN KERJA PENYEMAKAN BUKU LATIHAN
1. Guru mata pelajaran akan menghantar SEMUA latihan kepada ketua panitia pada bulan yang telah ditentukan jadual.
2. Guru perlu memastikan semua latihan ditanda sebelum dihantar untuk semakan.
3. Buku Latihan jenis sama hendaklah dihantar sekaligus.
4. Buku Latihan berlainan boleh dihantar berasingan.
5. Sertakan bersama 2 salinan borang penyeliaan bagi setiap kelas. 1 salinan kepada guru berkenaan dan 1 salinan disimpan dalam fail penyeliaan untuk rujukan pengetua.
6. Bagi kelas penyelia mengajar, 5 naskhah buku latihan kelas hendaklah dihantar kepada pengetua untuk tindakan.
7.Penyeliaan buku latihan boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh mana-mana penyelia untuk sebarang mata pelajaran.