Saturday, April 24, 2010

Kem Pengukuhan Solat




Pada hari Sabtu bersamaan 24 hb april 2010 di Surau Al Qalam Smk permas jaya 3 telah diadakan kem solat yang bertujuan untuk memantapkan lagi cara solat para pelajar.Pelajar yang terpilih adalah dari kalangan pelajar tingkatan satu dan dua yang telah dipilih oleh guru-guru iaitu seramai 35 orang termasuk lelaki dan perempuan. Program ini adalah anjuran Panitia pendidikan islam dari program Jabatan. Dikendalikan oleh Ustaz Nasir Ali dan dibantu oleh beberapa orang guru dan ustazah.Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 ptg. Sebenarnya program ini bermula pada hari ini sehingga bulan julai 2010.Semoga para peserta dan guru-guru yang terlibat mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh