Jln Permas 13, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru Tel : 073868446 Fax : 073868441
Tuesday, October 18, 2011
PELANCARAN KEMPEN DERMA BUKU
TARIKH : BERMULA 17 OKT 2011
MATLAMAT : MENGUMPULKAN BUKU-BUKU BARU DAN TERPAKAI UNTUK DISALURKAN DAN DIMANFAATKAN OLEH WARGA SMK PERMAS JAYA 3
*KEPADA PELAJAR ATAU IBUBAPA YANG INGIN MENDERMA BUKU BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN CIK NORLELA BT ISMAIL DAN PUSTAKAWAN.BAGI GURU PULA KEPADA PN HAFIZAN BT HARUN DAN PN FAIRUZ BT MOHD NOR
Friday, September 30, 2011
JADUAL PEPERIKSAAN PMR 2011
8.10-9.10PG : BAHASA MELAYU K1
9.50-1150PG : BAHASA MELAYU K2
2.30-4.30 PTG : PENDIDIKAN ISLAM
RABU (5OKT2011)
8.10 - 9.10 PG : BAHASA INGGERIS K1
9.50 - 11.20PG : BAHASA INGGERIS K2
2.30-3.45PTG : GEOGRAFI
KHAMIS (6OKT2011)
8.10-9.10PG : SAINS K1
10.30- 12.00TGHARI : SAINS K2
2.30-3.45PTG : SEJARAH
ISNIN (10OKT2011)
8.10-9.25PG : MATEMATIK K1
10.40-12.25TGHARI : MATEMATIK K2
2.20 - 3.50PTG : KEMAHIRAN HIDUP(KT&ERT)
SELASA (11OKT2011)
8.10-10.10PG : BAHASA CINA K2
11.10-12.10TGHARI : BAHASA CINA K1
Monday, July 25, 2011
Saturday, June 18, 2011
Teater The Curse By Smkpj3
Friday, May 27, 2011
PERTANDINGAN EDUCATIONAL BLOGGING PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-3 SEMPENA HARI ICT 2011 (UPSI)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan sambutan Hari ICT 2011 pada 9 Ogos 2011 bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Tanjong Malim, Perak.
2. Sehubungan dengan itu, satu Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan kali ke 3 akan diadakan berlandaskan skop pertandingan iaitu kandungan blog mestilah mempunyai unsur ilmiah.
3. Pihak UPSI berbesar hati menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan ini. Sila layari laman web UPSI di url http://ict.upsi.edu.my/ictday untuk maklumat lanjut pertandingan.
Tuesday, May 10, 2011
INFO BONDA (PENGETUA) EDISI 2
TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC TAHUN 2010.SEMOGA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN LEBIH CEMERLANG DAN SETERUSNYA MENJADI INSPIRASI KEPADA SEMUA GURU.
HASIL DRP MESYUARAT PENTADBIRAN KALI KE 5/2011
1) KURIKULUM
-STRATEGI PENINGKATAN GPS MELALUI PROGRAM TUISYEN HIKMAH DAN PELAJAR PERMATA BOLEH DILIBATKAN (PENYELARAS : PN NADIA FADZLEEN)
-PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK PERLU DIRANCANG LEBIH AWAL DAN DAPAT DIJALANKAN.
-SELEPAS PEPERIKSAAN GURU PERLU KENALPASTI PELAJAR IKUT KUMPULAN (SEDERHANA & GALUS)
-SEMASA CUTI, GURU PERLU HASILKAN DAN SEDIAKAN MODUL IKUT KUMPULAN SASARAN.
2) HEM
-TINDAKAN SUSULAN KES PELAJAR BUANG SEKOLAH AKAN DIMANTAPKAN
-PROGRAM KELAS PENGASINGAN BAGI PELAJAR BERMASALAH AKAN DIADAKAN.
-SEMUA GURU PERLU MEMBANTU MEMANTAPKAN ASPEK KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS.
3) KOKO
-“NICHE AREA” SMKPJ3 IALAH TEATER.
-MESYUARAT TEATER AKAN DIADAKAN PADA HARI RABU 11 MEI 2011 DI SMKPJ3 DAN DIHADIRI OLEH PEGAWAI JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR BERSAMA PPD PG.
4) HAL-HAL LAIN.
-KURSUS LDP AKAN DIADAKAN PADA 21 MEI 2011 (MENGGANTIKAN LDP PADA OGOS / RAMADHAN)
-DICADANGKAN HARI TERBUKA, HARI KOKO DAN HARI KOPERASI DIADAKAN SERENTAK PADA 23 JULAI 2011.
-PROGRAM USRAH GURU PEREMPUAN ISLAM PADA PAGI JUMAAT WAKTU PEMBANGUNAN INSAN DITERUSKAN DIBILIK MESYUARAT.
-MAKLUMAN-
“UBAHLAH PEMIKIRAN ANDA, MAKA ANDA KAN MENGUBAH DUNIA ANDA.”
Tuesday, April 26, 2011
SASARAN (ETR) 2011 SMKPJ3
| BIL PELAJAR | TOV | ETR | ||
% | GPS | % | GPS | ||
TINGKATAN 1 | 166 | 19.38 | 3.73 | 42.17 | 3.09 |
TINGKATAN 2 | 173 | 14.86 | 4.19 | 44.51 | 3.34 |
TINGKATAN 3 (PMR) | 202 | 13.48 | 4.05 | 67.82 | 3.05 |
TINGKATAN 4 | 173 | 71.68 | 7.22 | 94.80 | 5.78 |
TINGKATAN 5 (SPM) | 173 | 53.22 | 7.62 | 92.98 | 5.52 |
Tuesday, March 22, 2011
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-7 2011 & HARI TERBUKA T3 / T5 & HARI ANUGERAH CEMERLANG
HARI : AHAD
MASA : 8.00PAGI
TEMPAT DEWAN SMK PERMAS JAYA 3
SEHUBUNGAN DENGAN ITU TUAN/PUAN DIJEMPUT MENGHADIRI MESYUARAT TERSEBUT.kAUNTER-KAUNTER YURAN PIBG JUGA DIBUKA PADA HARI TERSEBUT.
SEMOGA TUAN/PUAN DAPAT MEMBERI IDEA DAN BUAH FIKIRAN DALAM PEMBANGUNAN SEKOLAH DAN SAHSIAH PELAJAR.
Tuesday, March 15, 2011
Friday, March 4, 2011
INFO BONDA (PENGETUA) EDISI 1
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS PENERBITAN EDISI PERTAMA INFO BONDA INI.SEMOGA INFORMASI DAN MAKLUMAT DAPAT DISAMPAIKAN DENGAN LEBIH BERKESAN.
-PENGETUA-
HASIL DARIPADA LAWATAN MPSM P.GUDANG PADA 24 FEB 2011
BEST PRACTICE DI SMK JOHOR JAYA 2 YANG AKAN DAN SEDANG DILAKSANAKAN:
1. KEBITARAAN/NICHE AREA - KOKURIKULUM(TEATER,KRS,DIKIR BARAT DLL)
- KURIKULUM
2. 'CRITICAL MOTIVATION'
3. BUDAYA DOKUMENTASI - SETIAP AKTIVITI / PROGRAM
- AMBIL GAMBAR SEBELUM / SELEPAS
- BENTUK HARDCOPY/ SOFTCOPY
- LAPORAN 3 SALINAN KEPADA PENGETUA, EN CHIN, SENDIRI.
4. MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI
5. SISTEM PEMINJAMAN ALATAN PEMBERSIHAN.
6. 'ROUND THE CLOCK PAINTER'
-MAKLUMAN-
PELAJAR TINGKATAN 3 & 5 PERLU CAPAI MARKAH DALAM UJIAN 1 ( 9- 10 MAC 2011) SEPERTI BERIKUT :
5T - 65% 3T - 70%
5G - 60% 3G - 60%
5C - 55% 3C - 50%
5B - 45% 3B/3H/3CD - 40%
5H - 35%
5CD -30%
- JIKA PELAJAR TIDAK CAPAI MARKAH TERSEBUT, SEBATAN AKAN DIKENAKAN.
- GURU TING / GURU MP BERI NAMA PELAJAR YANG TIDAH HADIR UJIAN TANPA KENYATAAN DAN HANTAR KERTAS JAWAPAN KOSONG KEPADA GURU DISIPLIN
Monday, February 14, 2011
KEMPEN SAHSIAH CEMERLANG 2011
MENINGKATKAN SAHSIAH PELAJAR DI SMK PERMAS
JAYA 3 UNTUK MENJADI PELAJAR YANG BERILMU
TEMA : "ILMU DIGARAP, AKHLAK DIGILAP"
TARIKH : 14/02/11
OBJEKTIF:
Melalui kempen ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar dalam menuntu ilmu di sekolah.
i. suka dan seronok belajar di sekolah (tidak ponteng sekolah/ ponteng kelas).
ii. sentiasa menghormati guru (memberi salam, mengucapkan terima kasih, dan suka membantu guru)
i. menyayangi ilmu dengan membawa buku/ membuat cacatan dimana sahaja mereka berada.
ii. menyiapkan kerja sekolah atau mengikut arahan guru dalam menuntut ilmu.
iii. sentiasa membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan
iv. tidak suka membuang masa dengan perkara yang sia-sia
(suka membaca).
PELAKSANAAN:
1. Pelancaran Kempen di Perhimpunan- ( Guru Bimb.& Kaunseling)
2. Pertandingan Anugerah Pelajar:- ( Guru Bimb.& Kaunseling)
• Anugerah Berbudi Bahasa (menghormati guru dan rakan-rakan)
• Anugerah Kerajinan (rajin/ bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan selalu membantu guru)
• Anugerah Kepimpinan (suka membimbing rakan-rakan dalam menuntut ilmu).
3. Mengenalpasti pelajar yang kerap ponteng dan selalu mengganggu (P&P) - Guru Disiplin dan Guru Tingkatan
4. Mengamalkan Adap Belajar dalam kelas- (Semua Guru)
Sebelum P& P bermula –kelas mestilah dalam keadaan bersih.
i. Guru masuk ke kelas - Semua pelajar bangun dan memberi salam)
ii. Ketua Tingkatan membaca doa.
iii. Pelajar memberi tumpuan sepenuh perhatian (tidak main-main)
iv. Pelajar bertanya kepada guru jika tidak faham (angkat tangan).
v. Pelajar menyiapkan kerja yang diarahkan oleh guru dengan tekun
vi. Pelajar bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru selepas tamat P&P.
Anjuran Bersama :
Unit Bimbingan & Kaunseling
dan Unit Disiplin HEM
Thursday, February 10, 2011
Program Awal Pagi
PROGRAM "EARLY BIRDS"
SASARAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5
(BAGI PELAJAR BUKAN ISLAM)
MASA | 7.15 PAGI – 7.30 PAGI | 7.15 PAGI – 7.30 PAGI | |||
TINGKATAN | TINGKATAN 3 | TINGKATAN 5 | |||
HARI | SUBJEK | GURU | PENYEDIA BAHAN P&P | GURU | PENYEDIA BAHAN P&P |
SELASA | BM | EN MOHD FUAD MOHD NOR CIK FAIRUZ MOHD NOR | CIK NURAINI SARKAWI CIK RAHIMAH PN NOOR DIANA RAMLI | PN NOREZAH AYOB PN TEO SUI IAN | CIK NORLELA ISMAIL CIK NURAINI SARKAWI |
RABU | BI | CIK TENG KIE YIN PN ROSY GOH GEOK MEE | CIK STEPHANIE FRANCIS AVIER CIK AMELIA OMAR CIK NORITA ABD RAZAK | CIK ONG YUH MIN CIK HAFEEZAH SULONG | PN MAK AI LING CIK NORITA ABD RAZAK |
KHAMIS | SEJ | PN ROZILAWATI IDROS CIK NOR FAZIDAH HASSAN | PN. NADIATUL FADZLEEN CIK NOR FAZIDAH HASSAN | PN NORMADIAH KASDI CIK NADIATUL AZWA ABD AZIZ | CIK NADIATUL AZWA ABD AZIZ PN NORMADIAH KASDI |
PENYELARAS PROGRAM : PN NORAZFAHANI BTJAMALUDDIN
SETIAUSAHA : EN MOHD YUSAIRRI ARIFIN
Wednesday, February 9, 2011
60,000 guru ijazah 2015
KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG).
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata program bertujuan mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya 40,000 guru dijangka mengikuti PPG di institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi seluruh negara mulai Mac. Mereka akan mengikuti pelbagai mata pelajaran dalam tempoh tiga setengah hingga empat tahun pengajian.
Guru yang mengikuti PPG katanya, diberi biasiswa kerajaan dengan kontrak perkhidmatan bagi mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) supaya mereka kekal berkhidmat pada sesi persekolahan.
“PPG yang dilaksana pada RMKe-10 adalah penerus kepada dasar latihan keguruan yang dirancang sebelum ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dipelajari untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran.
“Program ini sejajar hasrat kerajaan meningkatkan jumlah guru berijazah di sekolah menengah daripada 89 peratus kini kepada 90 peratus menjelang 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar semasa 28 peratus ditingkatkan kepada 60 peratus bagi tempoh sama.
“PPG diiklankan sejak 21 November lalu dan sambutan menggalakkan. Setakat ini, kira-kira 20,000 permohonan diterima sepanjang tempoh sebulan,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini.
Mohd Ghazali berkata, lima syarat utama ditetapkan iaitu pemegang status warganegara, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang disahkan dalam jawatan.
Katanya, kakitangan dalam perkhidmatan di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah bantuan kerajaan kelolaan kementerian, juga layak memohon.
Umur pemohon tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac tahun depan selain memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan. Pemohon juga tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan menerusi tajaan Kementerian Pelajaran.
Katanya, permohonan PPG secara dalam talian menerusi laman web www.moe.gov.my dan menggunakan e-perkhidmatan Kementerian Pelajaran.
Bagi guru di kawasan pedalaman, kementerian memberi kelonggaran dengan membenarkan mereka mereka mendaftar secara manual menerusi JPN atau PPD berhampiran.
“Permohonan secara dalam talian masih dibuka hingga hari ini (22 Disember ini). Urusan sokongan Pengetua/Guru Besar pada 25 Disember hingga 7 Januari depan dan pengesahan daripada JPN pada 8 Januari hingga 14 Januari depan.
“Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada 15 Februari sebelum mendaftar pada 12 Mac,” katanya.
Sumber : NUTP site :http://www.nutp.org/new/ms/node/673
Isu Anjakan Gaji
Sila kemukakan nama kepada NUTP dengan kadar segera.
Pihak NUTP akan kemukakan senarai nama guru-guru yang terlibat kepada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rayuan.
Sila kemukakan maklumat saudara/ saudari seperti nama. no i/c, nama sekolah dan lampirkan salinan slip PTK melalui emel mail@nutp.org.
Kursus BTN telah dimansuhkan pada tahun 2011.
Tarikh Berita/News Date:
11/01/2011
*
dar NUTP site :http://www.nutp.org/new/ms/node/687