MATLAMAT:
MENINGKATKAN SAHSIAH PELAJAR DI SMK PERMAS
JAYA 3 UNTUK MENJADI PELAJAR YANG BERILMU
TEMA : "ILMU DIGARAP, AKHLAK DIGILAP"
TARIKH : 14/02/11
OBJEKTIF:
Melalui kempen ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dan disiplin yang tinggi di kalangan pelajar dalam menuntu ilmu di sekolah.
i. suka dan seronok belajar di sekolah (tidak ponteng sekolah/ ponteng kelas).
ii. sentiasa menghormati guru (memberi salam, mengucapkan terima kasih, dan suka membantu guru)
i. menyayangi ilmu dengan membawa buku/ membuat cacatan dimana sahaja mereka berada.
ii. menyiapkan kerja sekolah atau mengikut arahan guru dalam menuntut ilmu.
iii. sentiasa membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan
iv. tidak suka membuang masa dengan perkara yang sia-sia
(suka membaca).
PELAKSANAAN:
1. Pelancaran Kempen di Perhimpunan- ( Guru Bimb.& Kaunseling)
2. Pertandingan Anugerah Pelajar:- ( Guru Bimb.& Kaunseling)
• Anugerah Berbudi Bahasa (menghormati guru dan rakan-rakan)
• Anugerah Kerajinan (rajin/ bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan selalu membantu guru)
• Anugerah Kepimpinan (suka membimbing rakan-rakan dalam menuntut ilmu).
3. Mengenalpasti pelajar yang kerap ponteng dan selalu mengganggu (P&P) - Guru Disiplin dan Guru Tingkatan
4. Mengamalkan Adap Belajar dalam kelas- (Semua Guru)
Sebelum P& P bermula –kelas mestilah dalam keadaan bersih.
i. Guru masuk ke kelas - Semua pelajar bangun dan memberi salam)
ii. Ketua Tingkatan membaca doa.
iii. Pelajar memberi tumpuan sepenuh perhatian (tidak main-main)
iv. Pelajar bertanya kepada guru jika tidak faham (angkat tangan).
v. Pelajar menyiapkan kerja yang diarahkan oleh guru dengan tekun
vi. Pelajar bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru selepas tamat P&P.
Anjuran Bersama :
Unit Bimbingan & Kaunseling
dan Unit Disiplin HEM
No comments:
Post a Comment