Tuesday, January 31, 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE8 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke8 akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 04 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan SMK Permas Jaya 3

Sehubungan dengan ini ibubapa / penjaga murid smkpj3 dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan.

Aturcara majlis

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

9.30 - 10.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran ibubapa.
10.00 - 10.10 pagi : Ketibaan VIP
10.10 - 11.00 pagi : Bacaan Doa
Persembahan Pelajar
Ucapan YDP PIBG SMK Permas Jaya 3
Ucapan Pengetua SMK Permas Jaya 3
Ucapan Perasmian Oleh :
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
(Menteri Pengajian Tinggi)
Penyerahan Sumbangan zakat oleh Bank Rakyat
Penyampaian Hadiah Anugerah Cemerlang 2012
Penyampaian cenderamata
Lawatan kesudut pameran
Jamuan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE8

11.15 - 12.30 tengahari : Ucapan Alu-aluan YDP PIBG
Mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG yang lalu
Laporan sekolah
Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan PIBG
Pembahasan usul
Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG

Friday, January 20, 2012

TULUS IKHLAS DARI BONDA BUAT WARGA SMKPJ3 2012

Kepada,
Guru - guru dan
Staf Sokongan,
SMK Permas Jaya 3.

Tuan/Puan,

PERAKUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2012

Adalah dengan ini diperakukan bahawa Buku Pengurusan 2012 merupakan suatu dokumen rasmi sekolah. Oleh itu,segala yang tercatat adalah di bawah tugas dan tanggungjawab pihak tuan secara rasmi. Pihak tuan haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Sekiranya terdapat sebarang pindaan,pihak tuan akan dimaklumkan bagi tindakan yang selanjutnya.

2. Kecemerlangan sekolah perlu menjurus kepada berjaya atau gagalnya sesuatu institusi itu membentuk kesepakatan dan kecenderungan untuk membuat transformasi dalam segala aspek. Untuk itu semua warga sekolah perlu mewujudkan iklim persekolahan yang menitikberatkan budaya ilmu dan konsep belajar sepanjang hayat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi, Jabatan dan sekolah mesti diketahui,difahami,dihayati dan direalisasikan.

3. Sebagai penjawat awam kita harus memahami dan menghayati konsep gagasan 1 Malaysia yang merupakan falsafah induk yang memandu hala tuju negara. Sementara itu, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula menjadi peta panduan. Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya pula membentuk kerangka kerja kepada arah tuju tersebut. Semoga dengan pemahaman yang jelas tentang dasar-dasar baru kerajaan dapat diterjemahkan ke dalam amalan kita di sekolah. Matlamat utama kita adalah untuk mempertingkatkan pencapaian murid dalam semua aspek manusiawinya: jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Ringkasnya kemenjadian murid merupakan keberhasilan, natijah atau ’outcome’ yang diharapkan oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah kita.

4. ”Belajarlah bagaimana hendak belajar” dengan membuka minda kepada perubahan dan perkembangan dalam pendidikan serta rajin merujuk dan memahami pelbagai sumber rujukan seperti Akta Pendidikan 1996, Pekeliling Pendidikan, Manual Prosedur Kerja, Buku-buku Panduan Kurikulum, Kokurikulum, Disiplin, Panduan Pengurusan 3K serta Buku Peraturan sekolah.

5. Saya menaruh sepenuh kepercayaan bahawa tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika semua pihak bekerjasama dan menggembleng tenaga dalam usaha meningkatkan kecenerlangan sekolah. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya dan teruskan usaha murni tuan-tuan dan puan-puan demi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti,pembinaan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa akan datang dan seterusnya pencapaian tahap negara maju pada tahun 2020.

”Ciptalah Sejarah Untuk Diri,Organisasi dan Negara”

Sekian,Terima Kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


...............................................
(PN.HJH KAMISAH BT AZIZ)
Pengetua,

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh