Friday, January 20, 2012

TULUS IKHLAS DARI BONDA BUAT WARGA SMKPJ3 2012

Kepada,
Guru - guru dan
Staf Sokongan,
SMK Permas Jaya 3.

Tuan/Puan,

PERAKUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2012

Adalah dengan ini diperakukan bahawa Buku Pengurusan 2012 merupakan suatu dokumen rasmi sekolah. Oleh itu,segala yang tercatat adalah di bawah tugas dan tanggungjawab pihak tuan secara rasmi. Pihak tuan haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Sekiranya terdapat sebarang pindaan,pihak tuan akan dimaklumkan bagi tindakan yang selanjutnya.

2. Kecemerlangan sekolah perlu menjurus kepada berjaya atau gagalnya sesuatu institusi itu membentuk kesepakatan dan kecenderungan untuk membuat transformasi dalam segala aspek. Untuk itu semua warga sekolah perlu mewujudkan iklim persekolahan yang menitikberatkan budaya ilmu dan konsep belajar sepanjang hayat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi, Jabatan dan sekolah mesti diketahui,difahami,dihayati dan direalisasikan.

3. Sebagai penjawat awam kita harus memahami dan menghayati konsep gagasan 1 Malaysia yang merupakan falsafah induk yang memandu hala tuju negara. Sementara itu, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula menjadi peta panduan. Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya pula membentuk kerangka kerja kepada arah tuju tersebut. Semoga dengan pemahaman yang jelas tentang dasar-dasar baru kerajaan dapat diterjemahkan ke dalam amalan kita di sekolah. Matlamat utama kita adalah untuk mempertingkatkan pencapaian murid dalam semua aspek manusiawinya: jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Ringkasnya kemenjadian murid merupakan keberhasilan, natijah atau ’outcome’ yang diharapkan oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah kita.

4. ”Belajarlah bagaimana hendak belajar” dengan membuka minda kepada perubahan dan perkembangan dalam pendidikan serta rajin merujuk dan memahami pelbagai sumber rujukan seperti Akta Pendidikan 1996, Pekeliling Pendidikan, Manual Prosedur Kerja, Buku-buku Panduan Kurikulum, Kokurikulum, Disiplin, Panduan Pengurusan 3K serta Buku Peraturan sekolah.

5. Saya menaruh sepenuh kepercayaan bahawa tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika semua pihak bekerjasama dan menggembleng tenaga dalam usaha meningkatkan kecenerlangan sekolah. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya dan teruskan usaha murni tuan-tuan dan puan-puan demi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti,pembinaan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa akan datang dan seterusnya pencapaian tahap negara maju pada tahun 2020.

”Ciptalah Sejarah Untuk Diri,Organisasi dan Negara”

Sekian,Terima Kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


...............................................
(PN.HJH KAMISAH BT AZIZ)
Pengetua,

No comments:

Post a Comment

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh