Peristiwa
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat
al-Qur'an yang pertama kepada
Nabi Muhammad s.a.w.
hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana
kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku
pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di
Gua Hira,
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun
atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah
mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada
umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada
Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan
Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada
Surah Al-Alaq.
credit to : iluvislam.com & wikipedia.org.
No comments:
Post a Comment