Jln Permas 13, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru Tel : 073868446 Fax : 073868441
Wednesday, March 31, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Piagam Pelanggan
Pelajar
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu.
Memeriksa buku murid selewat-lewatnya dua hari sebelum dikumpul.
Memastikan semua pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan selamat.
Memastikan segala masalah yang berkaitan disiplin pelajar dapat ditangani mengikut pekeliling dan peraturan yang telah ditetapkan.
Memastikan prasarana berfungsi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.
Member peluang yang adil dan saksama untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan bersepadu mengikut kecenderungan masing-masing.
Staf
Mengadakan sesi perkembangan staf 3 kali setahun.
Memastikan segala urusan berkaitan perkhidmatan guru dan staf sokongan diuruskan dalam tempoh 3 hari.
Tiada kelewatan bayaran bayaran gaji guru dan staf sokongan.
Mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
Ibu Bapa
Segala rayuan dan aduan secara bertulis diambil tindakan dan diproses dalam tempoh satu minggu
Urusan pertukaran pelajar disiapkan dalam tempoh 1 hari bekerja.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat pencapaian terkini berkaitan pencapaian akademik dan sahsiah anak mereka.
Memberikan perkhidmatan yang cekap, telus, layanan yang mesra tanpa prasangka dan diskriminasi.
Menerima teguran,pandangan, cadangan yang membina dari ibu bapa.
Komuniti
Memberikan kerjasama yang erat kepada komuniti setempat.
Menerima teguran,pandangan, cadangan yang membina dari komuniti setempat.
Stakeholder
Member maklumbalas kepada surat arahan daripada PPD/JPN/KP selewat-lewatnya 3 hari selepas surat diterima.
Memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra.
Menjalin kerjasama yang erat dengan PPD/JPN/KP
Lagu Sekolah
Smk permas jaya 3 pelajarnya berpadu dan berharmoni
Guru kami mulia hati mendidik sepenuh berdedikasi
Jayakan it teknologi selaras dengan era globalisasi
Falsafah pendidikan negara lahirkan insan yang berhemah
Rukunegara dijulang kukuh perpaduan amalan mulia diamalkan
Hormat pada ibubapa disiplin berusaha berbakti pada nusa dan bangsa
Berusaha berdisiplin dan berbakti asas kejayaan kendiri
Rajin berusaha dan berbakti pada masyarakat dan ibu pertiwi
Ulang c/o
Berusaha berdisiplin berbakti asas kejayaan kendiri
Rajin berusaha dan berbakti pada masyarakat dan ibu pertiwi
Berusaha berdisiplin dan berbakti
Logo Sekolah
Pengertian Simbol
Bulatan Luar
- Melambangkan pendidikan berhala tuju ke arah menghadapi arah globalisasi.
Buku
- Melambangkan penekanan kepada kecemerlangan ilmu dalam empat aliran iaitu sains tulen, sastera kemanusiaan, sastera ikhtisas dan sains & teknologi.
Tiga Gelang
- Melambangkan Perpaduan Antara Tiga Kaum Yang Menjadi Teras Utama Pembentukan Masyarakat Malaysia
Dua Lingkaran Putih
-Melambangkan kesepaduan di antara kecemerlangan kurikulum dengan kokurikulum yang menjadi matlamat smk permas jaya 3.
Pengertian Warna
Merah
-Bermaksud Keberanian, Ketangkasan, Kecerdasan Dan Kecergasan Menghadapi Cabaran Pendidikan.
Biru
-Bermaksud kesetiaan dan kecintaan kepada raja dan negara.
Hijau
-Bermaksud kesuburan ilmu, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Visi & Misi
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Membangunkan potensi individu melalui Pendidikan Berkualiti
MATLAMAT
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Berhasrat melahirkan insane cemerlang yang berdaya tahan tinggi serta mampu menangani tuntutan-tuntutan kearah mencapai 2020, sejajar dengan kehendak Falsafah pendidikan Negara Berlandaskan Rukunegara.
OBJEKTIF
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
• Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
• Melahirkan insan yang mempunyai nudaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celik sains dan teknologi.
• Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan Organisasi.
Friday, March 12, 2010
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3 , Masai ditubuhkan dengan mengambil nama sempena taman perumahan iaitu Taman Permas Jaya. Alamat penuh sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3, Jalan Permas 15, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.
Sekolah ini dikategorikan dalam jenis “Project Management Consultant” yang diuruskan oleh UMI-ROSS PROJECT MANAGEMENT SDN. BHD. .Pembinaan sekolah telah dijalankan oleh sebuah syarikat pembinaan swasta bertaraf A iaitu Kumpulan Sekata Sdn. Bhd. yang berdasarkan konsep “Design and Build” di alamat Level 08-05, Plaza Masalam, Office Tower, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Luas kawasan tapak sekolah ini ialah 4.6835 hektar.
Sekolah ini mempunyai komposisi bangunan seperti berikut:-
Blok A - Pentadbiran
Blok B - Pentadbiran/Akademik
Blok C - Bengkel
Blok D - Akademik
Blok E - Akademik
Blok F - Makmal
Lain-lain - Kantin, surau, Porch, TNB Substation, Rumah Sampah,
Pondok pengawas,
Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru telah melantik Pn. Chong Lian How, Penyelia petang SMK Permas Jaya selaku penyelaras SMK Permas Jaya 3 mulai 1 Oktober 2001 sehingga 26 Ogos 2003. Penyelaras baru telah dilantik iaitu En. Narendran a/l K. Visuvanathan mulai 26 Ogos 2003. Pn. Hajah Zainab bt Ali telah dilantik sebagai Pengetua SMK Permas Jaya 3 pada 16 Jun 2003. Oleh kerana sehingga tarikh perlantikan pengetua , SMK Permas Jya 3 belum diserahkan kepada JPNJ, pengoperasian sekolah secara menumpang di SMK Permas Jaya 2 mulai 1 September 2003. Mulai 18 Ogos 2004, barulah SMK Permas Jaya 3 dapat beroperasi sepenuhnya di premisnya sendiri.