Wednesday, March 24, 2010

Piagam Pelanggan

Kami, warga SMKPJ3 dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :
Pelajar
 memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu.
 Memeriksa buku murid selewat-lewatnya dua hari sebelum dikumpul.
 Memastikan semua pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan selamat.
 Memastikan segala masalah yang berkaitan disiplin pelajar dapat ditangani mengikut pekeliling dan peraturan yang telah ditetapkan.
 Memastikan prasarana berfungsi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.
 Member peluang yang adil dan saksama untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan bersepadu mengikut kecenderungan masing-masing.
Staf
 Mengadakan sesi perkembangan staf 3 kali setahun.
 Memastikan segala urusan berkaitan perkhidmatan guru dan staf sokongan diuruskan dalam tempoh 3 hari.
 Tiada kelewatan bayaran bayaran gaji guru dan staf sokongan.
 Mewujudkan suasana kerja yang kondusif.

Ibu Bapa
 Segala rayuan dan aduan secara bertulis diambil tindakan dan diproses dalam tempoh satu minggu
 Urusan pertukaran pelajar disiapkan dalam tempoh 1 hari bekerja.
 Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat pencapaian terkini berkaitan pencapaian akademik dan sahsiah anak mereka.
 Memberikan perkhidmatan yang cekap, telus, layanan yang mesra tanpa prasangka dan diskriminasi.
 Menerima teguran,pandangan, cadangan yang membina dari ibu bapa.

Komuniti
 Memberikan kerjasama yang erat kepada komuniti setempat.
 Menerima teguran,pandangan, cadangan yang membina dari komuniti setempat.
Stakeholder
 Member maklumbalas kepada surat arahan daripada PPD/JPN/KP selewat-lewatnya 3 hari selepas surat diterima.
 Memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra.
 Menjalin kerjasama yang erat dengan PPD/JPN/KP

No comments:

Post a Comment

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh