Friday, March 12, 2010

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3 , Masai ditubuhkan dengan mengambil nama sempena taman perumahan iaitu Taman Permas Jaya. Alamat penuh sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3, Jalan Permas 15, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.

Sekolah ini dikategorikan dalam jenis “Project Management Consultant” yang diuruskan oleh UMI-ROSS PROJECT MANAGEMENT SDN. BHD. .Pembinaan sekolah telah dijalankan oleh sebuah syarikat pembinaan swasta bertaraf A iaitu Kumpulan Sekata Sdn. Bhd. yang berdasarkan konsep “Design and Build” di alamat Level 08-05, Plaza Masalam, Office Tower, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Luas kawasan tapak sekolah ini ialah 4.6835 hektar.

Sekolah ini mempunyai komposisi bangunan seperti berikut:-

Blok A - Pentadbiran

Blok B - Pentadbiran/Akademik

Blok C - Bengkel

Blok D - Akademik

Blok E - Akademik

Blok F - Makmal

Lain-lain - Kantin, surau, Porch, TNB Substation, Rumah Sampah,

Pondok pengawas, padang, Laluan berbumbung, dan tempat letak kerata, basikal dan bas.

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru telah melantik Pn. Chong Lian How, Penyelia petang SMK Permas Jaya selaku penyelaras SMK Permas Jaya 3 mulai 1 Oktober 2001 sehingga 26 Ogos 2003. Penyelaras baru telah dilantik iaitu En. Narendran a/l K. Visuvanathan mulai 26 Ogos 2003. Pn. Hajah Zainab bt Ali telah dilantik sebagai Pengetua SMK Permas Jaya 3 pada 16 Jun 2003. Oleh kerana sehingga tarikh perlantikan pengetua , SMK Permas Jya 3 belum diserahkan kepada JPNJ, pengoperasian sekolah secara menumpang di SMK Permas Jaya 2 mulai 1 September 2003. Mulai 18 Ogos 2004, barulah SMK Permas Jaya 3 dapat beroperasi sepenuhnya di premisnya sendiri.

No comments:

Post a Comment

PaNorAmA SekiTaR SeKolAh